Posts

LAPORAN PENCAPAIAN JOHOR: MEMBANGUN DEKAD BAHARU JOHOR

Image
LAPORAN PENCAPAIAN JOHOR: MEMBANGUN DEKAD BAHARU JOHOR | Sejak Mei 2013 lagi kita telah melihat pentadbiran Kerajaan Negeri telah memperkenalkan banyak inisiatif yang meletakkan keperluan dan hasrat Bangsa Johor sebagai keutamaan. Kerajaan bukan sahaja berjaya melaksanakannya tetapi juga menambah nilai dengan perancangan dan pelaksanaan perkara-perkara mengikut citarasa dan permintaan massa masa kini. Melalui misi yang dikenali sebagai Membangun Dekad Baharu Untuk Johor/ Dekad Baharu Johor , permulaan era baharu untuk Johor yang akan menyaksikan dekad yang penuh dengan pertumbuhan ekonomi yang agresif dan peningkatan kesejahteraan rakyatnya secara transformatif dalam sepuluh tahun akan datang. Pada 25 Mac 2018, satu pembentangan Kad Laporan Pencapaian Kerajaan Johor 2013 - 2018 kepada orang ramai yang telah diadakan dan disempurnakan sendiri oleh YAB Menteri Besar Johor, Dato' Mohamed Khaled Nordin . Kad laporan itu juga dikeluarkan bertujuan untuk memberi peluang kepada rak